Sunday, March 28, 2010

Dato' Saarani Mohamad rasmi surau Nurul Huda Kampung Pelagut Kuak Lenggong, Perak

Kampung Tengah Pelagut terletak di dalam kawasan kampung antara Pekan Kuak dan Kampung Kelantan. Kedudukannya adalah penghujung kampong menghala ke Tasik Chenderoh.
Dahulu terdapat sebuah surau dimana ianya merupakan surau 2 tingkat. Oleh kerana penduduk tetapnya sudah menjangkau usia yang agak lanjut dan suraunya pula sudah lama dimakan usia maka usaha JKKK kampong ini untuk membina sebuah surau yang baru tercapai. Projek ini memakan masa hampir 1 tahun untuk disiapkan. Surau yang menelan belanja hampir 150 ribu ringgit ini memang cantik di kelilingi oleh dinding cermin. Dilengkapi dengan sebuah bilik air maka sudah tentu memberi keselesaan kepada lebih dari 200 orang penduduk sekitar kampong ini.
Ketua kampong Encik Mohamad bin Haji Ismail serta penduduk telah bertungkus untuk mengadakan Majlis Perasmian surau ini bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul pada 29.3.2010. Penceramah jemputan ialah Tuan Haji Ruslan Che Rus dari Pejabat Agama Pulau Pinang
Semoga para jemaah akan selalu ke surau pada mereka yang tidak keuzuran bagi tujuan bersembahyang jemaah.
Pada hari Raya jika semua sanak saudara serta anak-anak penghuni balik kampung, pada setiap kali sembahyang jemaah kebiasaannya amat sempit untuk mengisi ruang dalam surau itu.



Surau Kg Pelagut Kuak dari jarak jauh (100 meter)




Surau Kg Pelagut Kuak dari jarak dekat




Pemandangan dalam Surau Kg Pelagut dianggarkan kira-kira 120 jemaah boleh bersolat dalam satu masa


Surau Nurul Huda Kg Pelagut, Kuak yang terletak kira-kira 1 Km dari Simpang Kg Kelantan dari Jalan Baru telah dirasmikan oleh YB Dato' Haji Saarani Hj Mohd, ADUN Kota Tampan.

No comments:

Post a Comment